Cuba catat kematian harian tertinggi kes Covid-19

Iklan
Pihak berkuasa kesihatan Cuba melaporkan 98 lagi kematian akibat Covid-19 pada Rabu.

HAVANA - Pihak berkuasa kesihatan Cuba melaporkan 98 lagi kematian akibat Covid-19 pada Rabu.

Ini adalah rekod harian tertinggi setakat ini di negara itu sejak bermulanya pandemik.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, Cuba turut menyaksikan peningkatan kes harian sejak beberapa minggu lepas di sebalik peningkatan kadar vaksinasi buatan tempatan, Abdala.

Pusat penularan kini dilaporkan di bandar Ciego de Avila.

Iklan

Pihak berkuasa kesihatan terpaksa menjadikan hotel sebagai hospital sementara.

Kini, pusat penginapan seperti Hotel Ciego de Avila menempatkan 240 pesakit pediatrik.

Iklan

Malah rakyat tempatan juga diperintahkan untuk kuarantin di rumah sendiri sekiranya dijangkiti.

Untuk rekod setakat ini, 422,000 kes positif dilaporkan dengan lebih 3,000 kematian.