Sidang Parlimen 'talian hayat’ Abah Muhyiddin

Iklan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto Bernama

SELEPAS lebih seminggu mendiamkan diri, akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil di kaca televisyen bagi merungkai seketika soal keabsahannya sebagai Perdana Menteri.

Raut wajah Muhyiddin tampak tenang ketika membuat Perutusan Khas Perdana Menteri di Perdana Putra, Putrajaya pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Iklan
Iklan

Cuma tiada siapa yang tahu atau dapat menduga apa yang sedang bermain dalam benak fikiran Perdana Menteri ketika itu.

Dalam tempoh kira-kira lapan minit itu, Muhyiddin ditemani beberapa orang menteri termasuk menteri kanan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Iklan

Kenyataan yang ditunggu-tunggu akhirnya keluar daripada mulut Muhyiddin yang sejak menjawat jawatan Perdana Menteri lebih mesra disapa Abah dalam kalangan netizen.

Kata Abah, beliau masih dapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Jadi soal peletakan jawatannya tidak lagi berbangkit.

Iklan

Kenyataan itu sudah cukup merungkai seketika soal keabsahan Perdana Menteri. Secara tak langsung Abah masih kekal memegang tampuk pemerintahan kerajaan sehingga hari ini.

Merak Jalanan juga harus memberi tabik hormat kepada Abah kerana sedia menghitung nasibnya menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan di Parlimen bulan depan.

Persidangan Dewan Rakyat itu nanti boleh dianggap sebagai 'talian hayat’ buat Abah – sama ada kekal menduduki kerusi Perdana Menteri atau melepaskan jawatannya secara terhormat.

Sifirnya mudah, jika dapat sokongan majoriti ahli Parlimen, Abah boleh kekal menjawat jawatan Perdana Menteri. Tapi jika sebaliknya, Abah harus reda dengan percaturan politik masa kini.