Susur ke Taman Connaught ditutup esok

Iklan
Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup laluan susur dari Lebuh Raya Cheras-Kajang ke Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (Taman Connaught) esok dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penandaan jalan selepas turapan di laluan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pengguna laluan ini boleh menggunakan jalan alternatif sedia ada di hadapan susur ini selepas simpang Taman Len Seng/Cheras Sentral Mall untuk ke Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat dan Taman Connaught,” menurut kenyataan itu.

DBKL juga menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. - Bernama

Iklan

Iklan