Hishamuddin sertai forum antarabangsa kerjasama vaksin malam ini

Iklan
HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

PUTRAJAYA -Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengetengahkan isu monopoli vaksin dan menekankan kepentingan pengagihan vaksin secara saksama pada mesyuarat pertama Forum Antarabangsa Kerjasama Vaksin malam ini.

Forum anjuran Kementerian Luar China dalam talian itu akan menumpukan kepada usaha peningkatan kapasiti pengeluaran vaksin dan kerjasama teknologi vaksin agar ia lebih mudah diperoleh pada harga berpatutan oleh negara-negara membangun, bagi memerangi pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, Hishammuddin juga akan menyentuh mengenai keperluan segera untuk semua negara mendapat akses bagi perolehan vaksin kerana ia adalah kaedah terbaik menangani pandemik ini.

Forum itu dipengerusikan Penasihat Negara dan Menteri Luar China, Wang Yi, dan satu kenyataan bersama akan dikeluarkan bagi mempamerkan kesatuan serta komitmen teguh negara-negara peserta dalam memerangi pandemik Covid-19 melalui kerjasama vaksin antarabangsa.

Iklan

Pada 18 November 2020, Malaysia dan China telah memeterai Perjanjian Kerjasama Pembangunan dan Akses Vaksin, membolehkan Malaysia membeli vaksin buatan China dan memulakan kolaborasi teknikal dalam teknologi pembangunan vaksin, terutamanya bagi aspek persijilan halal. -Bernama

Iklan