Pemimpin Pinta terkandas di Pakistan

Iklan
Pemimpin tertinggi Pinta Kebangsaan terkandas di Pakistan berikutan situasi tegang di sana.

KUANTAN - Beberapa pemimpin tertinggi Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran (Pinta) Kebangsaan terkandas di Pakistan susulan situasi tegang yang berlaku antara negara itu dan India.

Pengerusi Pinta Pahang, Muhammad Abdul Salam Abdul Ghani yang turut berada di sana memaklumkan, semua penerbangan antarabangsa dan domestik digantung ekoran penutupan lapangan terbang kedua-dua negara.