KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini membuka kertas siasatan berhubung isu yang mengaitkan peguam negara dengan sikap anti-Islam yang tersebar di media sosial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat peguam negara berhubung isu berkenaan hari ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, laporan itu dibuat susulan satu hantaran di laman Facebook dan aplikasi WhatsApp yang mengaitkan Peguam Negara, Tommy Thomas.
"PDRM sudah memulakan siasatan ke atas kes ini yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan bagi kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum itu, dua pegawai khas peguam negara Amir Nasarudin dan Siti Rahayu Mumazaini membuat laporan polis berhubung isu mengaitkan Tommy Thomas dengan sikap anti-Islam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, jam 3.15 petang, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Negara buat laporan polis dituduh anti Islam
Difahamkan, hantaran Facebook itu telah dimuat naik seorang lelaki hari ini dan kemudiannya bertindak memohon maaf secara terbuka setelah menerima kecaman netizen.