Purata pendapatan dijangka meningkat tahun ini: DOSM

Iklan
Mohd Uzir

KUALA LUMPUR - Purata pendapatan dijangka meningkat tahun ini tetapi bergantung kepada corak pemulihan ekonomi negara, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, corak pemulihan bagi setiap sektor ekonomi negara dijangka tidak sekata dan akan mempengaruhi gaji dan upah.

Iklan
Iklan

"Jika kita (negara) berjaya dalam usaha untuk mempertingkatkan ekonomi digital dan pembangunan teknologi dalam aktiviti ekonomi dalam jangka masa panjang, kita amat yakin purata pendapatan yang diukur dari segi gaji dan upah pasti akan meningkat.

"Tetapi ia bergantung bagaimana kita merealisasikannya dalam jangka masa sederhana.

Iklan

Dalam jangka masa pendek, keutamaan yang diberikan adalah kepada pekerja kembali bekerja dalam sektor-sektor perniagaan (yang terjejas)," katanya selepas mengumumkan laporan sosioekonomi negeri tahun 2020 secara maya pada Khamis. - Bernama

Iklan