Najib, Zahid perlu jawab segera siapa dimaksudkan Muhyiddin

Iklan
Wan Saiful Wan Jan

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu menjawab segera berhubung siapa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat desakan terhadapnya.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kedua-dua mereka perlu menafikan jika perkara itu tidak betul.

Iklan
Iklan

"Heboh dibicarakan oleh pelbagai pihak mengenai siapa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri. Ada dakwaan bahawa antara kes yang dimaksudkan adalah membabitkan Ahmad Zahid dan Najib.

"Ada yang mengatakan Ahmad Zahid pernah meminta Muhyiddin menggugurkan kes-kes beliau manakala Najib pernah meminta Muhyiddin menukar hakim dalam proses rayuan. Ini dakwaan yang berat,” katanya menerusi tulisan di Facebooknya pada Khamis.

Iklan

Muhyiddin dalam Perutusan Khasnya pada Rabu mendedahkan beliau didesak supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin dedah beliau didesak campuri urusan mahkamah

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tidak bersetuju dengan perkara tersebut dan menyedari ada pihak yang kurang sedang dengan ketegasannya untuk tidak melayan tuntutan yang dibuat itu.

Iklan

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, beliau tidak terkejut sekiranya Muhyiddin menolak mentah-mentah kedua-dua desakan terbabit sehingga menyebabkan Ahmad Najib dan Zahid marah dan terdesak.

Menurutnya, ini kerana Muhyiddin amat tegas dalam hal integriti dan melawan salah laku.

"Betulkah Ahmad Najib dan Zahid begitu terdesak hingga sanggup memecahbelahkan perpaduan politik Melayu yang tidak pernah dinikmati oleh negara sebelum ini dengan cara mengarahkan penarikan sokongan sebab mereka takut ke penjara?

"Padahal ramai pemimpin UMNO yang tumpuan mereka ialah berkhidmat kepada rakyat dan negara dalam kerajaan yang ada kesatuan,” katanya.

Wan Saiful berkata, jika sekiranya khabar angin berkenaan adalah betul, jelas Ahmad Zahid dan Najib langsung tidak memikirkan mengenai kesatuan politik dan kebajikan rakyat.

"Kluster mahkamah ini berusaha gulingkan kerajaan walaupun semasa pandemik hanya untuk diri sendiri, bukan untuk rakyat. Masih perangai macam dulu.

"Berbeza sungguh dengan sikap Muhyiddin. Diasak macam mana sekalipun, fokus Muhyiddin ialah menjaga rakyat,” dakwanya.

ARTIKEL BERKAITAN Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO

Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi

Saya masih punyai kepercayaan majoriti, kata Muhyiddin