[DIKEMASKINI] IMPIAN untuk menyaksikan ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg membawa pulang pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila mengakhiri saingan pada kedudukan terakhir daripada 12 peserta di pentas final acara 10 meter (m) platform individu wanita pada Khamis.
Pada aksi di Pusat Akuatik Tokyo itu, atlet berusia 28 tahun tersebut mengumpul 245.85 mata dalam lima terjunan yang menyaksikan pingat emas dimenangi penerjun China berusia 14 tahun, Quan Hongchan yang mengumpul 466 mata keseluruhan.