Polis pantau perhimpunan Perkasa Ahad ini

Iklan
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim (tengah) ketika mengadakan sidang media di ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR – Polis akan memantau perhimpunan yang bakal dianjurkan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di Jalan Raja Alang di sini, pada Ahad ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.

"Polis dimaklumkan pihak Perkasa akan mengadakan mesyuarat dan persidangan agung pada Ahad ini.

"Himpunan itu dibuat untuk anggota Perkasa dan polis akan pantau serta ambil tindakan sewajarnya jika menyalahi undang-undang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Satu poster bertajuk ‘Himpunan Jihad Perkasa’ yang mengajak orang ramai berhimpun di Jalan Raja Alang di sini, tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lepas.

Sementara itu, pada Sabtu depan (8 Disember), perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dijadual diadakan di ibu negara.- Bernama