Ahmad Faizal dilantik sebagai Penasihat PM bertaraf menteri

Iklan
AHMAD FAIZAL

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertaraf menteri.

Pengesahan pelantikan itu dibuat Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Pejabat itu memaklumkan, Ahmad Faizal bertanggungjawab menasihati Muhyiddin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.

"Tahniah kepada Ahmad Faizal di atas pelantikan ini," kata kenyataan tersebut.

Iklan

Sebelum ini, tular satu poster daripada Bersatu Kota Bharu yang mengucapkan tahniah kepada Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak itu atas pelantikan tersebut.

Pelantikan Ahmad Faizal menjadikan ia sebagai lantikan bertaraf menteri selepas Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing sebagai Duta Khas ke China dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah.

Iklan

Muhyiddin mempunyai seorang Penasihat Khas iaitu Dr Jemilah Mahmood dalam memberi pandangan dan nasihat berhubung kesihatan awam.