Wan Ahmad Fahysal nafi ugut, beri tawaran kepada Syed Saddiq

Iklan
Wan Ahmad Fahysal

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal menafikan dakwaan memberikan tawaran dan ugutan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Wan Ahmad Fahysal yang merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan sebaliknya menjelaskan, pertemuan dengan Syed Saddiq baru-baru ini adalah atas kapasiti peribadi dan persahabatan.

Iklan
Iklan

"Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang tohmahan yang telah dilontarkan kepada saya.

Saya tidak membuat apa-apa tawaran atau ugutan.

Iklan

Ini tidak benar.

"Pertemuan ini adalah atas kapasiti peribadi dan persahabatan.

Iklan

Syed Saddiq adalah seorang pemimpin belia, mantan Menteri Belia dan Sukan, mantan Ketua Armada Bersatu dan masih menjalankan peranan dalam memimpin wacana semasa di kalangan anak muda.

"Saya menganggap Syed Saddiq sebagai sahabat, adik dan rakan seperjuangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada 5 Ogos lalu, Syed Saddiq yang menghadapi tuduhan menyeleweng dana Bersatu mendakwa, Wan Ahmad Fayhsal memujuknya untuk kembali kepada parti itu dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dakwa Syed Saddiq, ajakan itu dibuat sebelum dia didakwa di mahkamah.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahysal berkata, idea yang dibawakan kepada Syed Saddiq adalah mengetepikan perseteruan politik dan menggembleng semangat penyatuan anak muda demi untuk membina semula negara secara bersama.

Ini kerana, katanya, anak muda membentuk kumpulan terbesar pengundi ketika ini, malah lebih separuh daripada keahlian Bersatu.

"Dakwaan bahawa kes mahkamah yang sedang dihadapi telah direka amatlah tidak berasas kerana laporan polis yang membawa kepada kes ini dibuat oleh Syed Saddiq sendiri.

"Sekiranya beliau yakin bahawa beliau tidak bersalah, mahkamah adalah forum terbaik untuk membuktikan kebenaran ini.

Kami akan sentiasa doakan yang terbaik dan selamat maju jaya kepada beliau,” ujarnya.