Wanita agih 200 bungkusan gula-gula dalam pesawat

Iklan

PERJALANAN yang lama dan jauh terutama sekali berada dalam pesawat mungkin akan menjadi mimpi ngeri buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Dalam suasana yang sunyi di dalam pesawat mungkin akan secara tiba-tiba anak menangis dengan kuat yang sudah pasti mengganggu penumpang yang lain.

Iklan
Iklan

Apatah lagi jika tempoh penerbangan disusuli gangguan cuaca seperti angin yang tidak menentu, yang akan membuatkan si kecil menangis.

Namun sebagai persediaan, seorang ibu dari Korea secara mengagihkan sebanyak 200 bungkusan gula-gula yang sudah disediakan awal kepada para penumpang di mana dia ketika itu dalam perjalanan dari Seoul ke San Fransisco yang mengambil masa kira-kira 10 jam.

Iklan

Perkara itu dikongsikan orang ramai di laman Facebook.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa si ibu ini mengagihkan bungkusan ini kepada para penumpang.

Iklan

Hal ini kerana beliau khuatir anaknya yang berusia 4 bulan akan menangis dan menganggu orang ramai di dalam pesawat.

Di dalam bungkusan itu disertakan sekali adalah nota menerangkan situasi yang dialaminya kerana ini merupakan kali pertama membawa anak kecil menaiki pesawat.

Perasaan gementar itu ada kerana belum membiasakan diri dengan situasi anak menangis secara tiba-tiba.