Covid-19: Suka bantu kerajaan Selangor di 56 DUN

Iklan
Dr Siti Mariah Mahmud

SHAH ALAM - Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (Suka) akan digerakkan untuk membantu kerajaan negeri dalam menjalankan aktiviti berkaitan kesihatan awam dengan tumpuan terhadap pandemik Covid-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, Suka sebelum ini ditubuhkan di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Iklan
Iklan

"Memandangkan keperluan kepada sukarelawan dalam tempoh pandemik Covid-19 adalah sangat kritikal, maka Suka akan berperanan untuk membantu dan menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti, dengan tumpuan utama pada masa ini diberikan terhadap pandemik.

"Oleh itu, sukarelawan yang terpilih akan dilatih secara berkala dengan modul-modul bertemakan Covid-19 antaranya pengurusan pesakit Covid-19, ujian Covid-19 di rumah, tatacara pemeriksaan pesakit Covid-19 di rumah oleh sukarelawan kesihatan, latihan penggunaan Home Assessment Tools (HAT) dalam aplikasi SELangkah dan sebagainya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi memberi nilai tambah kepada program berkenaan, sukarelawan akan menerima manfaat Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) dan Kit Sukarelawan selain menjalani siri latihan percuma dikendalikan agensi atau pertubuhan berdaftar yang berkelayakan.

Katanya lagi, penyertaan bagi menyertai Suka terus dibuka kepada seluruh warganegara yang menetap di Selangor khususnya yang berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.

Iklan

"Bagi yang berminat untuk menyertai Suka sebagai sukarelawan, pendaftaran kini dibuka melalui link berikut https://bit.ly/SUKA2021," katanya.

Tambahnya, sebarang pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada sukakomuniti2021@gmail.com.