Korir dapat panggilan istimewa

Iklan
Korir (kanan) dan Rotich meraikan kejayaan masing-masing di Stadium Olimpik, Tokyo pada Rabu, Foto: AFP

KEJAYAAN Emmanuel Korir mengekalkan penguasaan pingat emas Kenya dalam acara 800 meter lelaki Sukan Olimpik untuk empat kali berturut-turut dengan edisi Tokyo 2020 turut dirai dengan satu panggilan telefon istimewa.

Pelari berusia 26 tahun tersebut sebelum itu mengekalkan pencapaian dilakar Wilfred Bungei pada edisi Beijing 2008 dan David Rudisha (London 2012, Rio 2016) menerima ucapan tahniah daripada bekas juara kali acara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Tahniah Korir tahniah, sungguh menakjubkan. Anda mempamerkan satu taktik larian yang sungguh bijak. Bagaimana perasaan anda pada ketika ini?,” kata Rudisha menerusi satu panggilan telefon kepada seorang pegawai Olimpik pasukan Kenya.

Korir yang menganggap Rudisha inspirasinya dalam acara tersebut sejak kecil ketika meraikan kejayaan di trek Stadium Olimpik bersama kem Olahraga Kenya bagai hilang kata-kata menerima panggilan tersebut menerusi 'loud speaker' berkata:"Saya amat gembira dan tidak tahu berkata apa-apa.”

Iklan

Rudisha yang juga pemegang rekod dunia acara tersebut dengan catatan 1.41.09 saat semasa di Kejuaraan ISTAF di Stadium Olimpik Berlin pada 2010 memadam catatan pelari Denmark kelahiran Kenya, Wilson Kipketer (1:41.11) dicipta di Colonge 13 tahun sebelum itu.

Pada acara yang berlangsung di Stadium Olimpik, Tokyo itu Korir mengakhiri larian dengan catatan 1:45.06 saat untuk pingat emas diikuti rakan senegara Ferguson Rotich (1:45.23) pingat perak manakala gangsa menjadi milik Poland, Patryk Dobek (1:45.39).

Iklan

Untuk rekod, Rudisha juara dua kali berusia 32 tahun tidak dapat mengambil mempertahankan kejuaraannya di Tokyo 2020 selepas mengalami kecederaan.