Rakaman gambar sebuah papan layar yang menunjukkan laporan harian kes jangkitan wabak Covid-19 di negara ketika tinjauan hari ini.
Negara hari ini mencatatkan jumlah 20,596 kes baharu jangkitan Covid-19, iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara pada tahun lepas.
Iklan
Iklan
Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sudah mencecah 1,203,706.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor kekal penyumbang utama kes dengan 8,549 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,163 kes, Kedah (1,446), Johor (1,300), Sabah (1,062) dan Pulau Pinang (1,022).
Sementara, Negeri Sembilan merekodkan 989 kes, Perak dengan 916 kes, Kelantan (772), Sarawak (759), Melaka (622), Terengganu (501), Pahang (426), Putrajaya (50) dan Labuan (15) manakala Perlis hanya empat kes.