MANCHESTER City telah melengkapkan perpindahan rekod tertinggi Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menandatangani kapten Aston Villa, Jack Grealish dengan nilai perpindahan sebanyak 100 juta pound (RM587.5 juta).
Grealish yang turut membarisi skuad kebangsaan England pada kempen Euro 2020 telah menandatangani kontrak selama enam tahun dan akan menyarung jersi bernombor 10.
Iklan
Iklan
"Saya sangat gembira kerana akhirnya dapat menyertai Manchester City. Manchester City adalah kelab terbaik di negara ini dengan memiliki pengurus yang boleh dikatakan yang terbaik di dunia.
"Ia mimpi yang menjadi kenyataan untuk menjadi sebahagian daripada kelab ini. Sepanjang tempoh 10 tahun terakhir ini, mereka telah memenangi kejuaraan utama dengan konsisten," kata Grealish.
Sebelum ini, Villa berhasrat untuk mengekalkan khidmat Grealish, namun tidak dapat berbuat apa-apa selepas City bersetuju menebus klausa pelepasan yang ada pada kontraknya yang ditandatangani pada September tahun lalu.