Covid-19: Hampir 65 peratus kes di Selangor dilapor tanpa gejala

Iklan
Hampir 65 peratus kes Covid-19 di Selangor adalah tanpa gejala dan kontak rapat merupakan penyumbang utama penularan. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Hampir 65 peratus kes Covid-19 di Selangor adalah tanpa gejala dan kontak rapat merupakan penyumbang utama penularan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Keong berkata, individu yang mempunyai gejala ringan Covid-19 tidak perlu ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan akan dipantau secara maya.

Iklan
Iklan

"Perkadaran kes di Lembah Klang yang mewakili 60 hingga 70 peratus daripada keseluruhan kes di Malaysia berkurangan kepada 50 hingga 60 peratus.

"Malaysia jalankan 1,668 jujukan genome virus Covid-19 sehingga 22 Julai dan mengesan 409 jujukan jenis varian yang membimbangkan (VOC)," katanya.

Iklan

Iklan