Perlu ada prasyarat kelonggaran individu dua dos

Iklan
KKM akan mengadakan perbincangan pada peringkat tertinggi mengenai kelonggaran bagi penerima vaksin dua dos. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan perlu ada prasyarat ditetapkan dalam memberi kelonggaran kepada individu yang telah selesai dua dos vaksin Covid-19.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata, antara yang utama adalah kadar vaksinasi 80 peratus.

Iklan
Iklan

"Kadar vaksinasi perlu tinggi supaya kita tidak mendapat peningkatan kes mendadak," katanya pada sidang akhbar khas Covid-19 di kementeriannya, di sini pada Jumaat.

Terdahulu, mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi.

Iklan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi mereka dalam beberapa hari lagi.

AKAN MENYUSUL

Iklan