Ke arah industri pertanian lestari

Iklan
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya.

WALAUPUN Malaysia berhadapan dengan krisis pandemik Covid-19, namun kita amat bertuah dan bersyukur kerana bekalan makanan negara sentiasa stabil dan terjamin.

Iklan
Iklan

Sebagai tanda penghargaan di atas jerih payah golongan peladang, penternak dan nelayan, tarikh 6 Ogos tidak pernah dilupakan.

Setiap tahun pada tarikh ini telah diisytiharkan sebagai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan sebagai tanda pengiktirafan dan penghormatan kepada masyarakat peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara.

Iklan

Pada tahun 1975, perayaan sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak Hussein di pekarangan Parlimen.

2021 merupakan tahun ke-46 penganjurannya. Pengiktirafan itu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap usaha peladang, penternak dan nelayan memainkan peranan memacu pelbagai aktiviti demi pengeluaran bahan makanan serta memudahkan sektor pertanian Malaysia.

Iklan

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sentiasa ke hadapan bagi memastikan sektor pertanian menjadi sektor yang lebih dinamik, inovatif, kompetitif dan menyumbang secara positif kepada ekonomi negara.

Dr Nik Muhammad Zawawi

"Ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan industri pertanian yang lestari sebagai pemangkin kemajuan ekonomi dan memberi kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Menjadi hasrat kerajaan untuk melihat aktiviti pertanian dan industri makanan diusahakan rakyat secara bersepadu, dikomersialkan serta menjadi sumber pendapatan utama, sekali gus dapat meningkatkan pendapatan negara,” katanya.

Majlis Pelancaran Peladang Outlet (PO) Pertubuhan Peladang Kawasan Kluang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam sektor pertanian LPP sangat menitikberatkan penggunaan teknologi kepada masyarakat peladang.

Penggunaan teknologi menjadikan pertanian lebih mudah, meningkatkan kecekapan dan seterusnya dapat meningkatkan hasil. Malah, penggunaan teknologi juga menjadikan bidang pertanian bukan lagi pekerjaan yang dikategorikan sebagai 3D (Dirty, Dangerous and Difficult).

Teknologi kejuruteraan ladang yang semakin moden dan dinamik untuk pesawah adalah salah satu inisiatif untuk memudahkan petani meningkatkan pengeluaran hasil padi di Malaysia.

"LPP sentiasa menyokong penggunaan teknologi melalui galakan dan pendedahan teknologi baharu dengan kerjasama jabatan dan agensi lain serta bermatlamat golongan peladang mendapat input dan perkhidmatan yang terbaik.

"Saya percaya tarikh 6 Ogos dihayati pada setiap tahun untuk memberi semangat kepada golongan peladang, penternak dan nelayan kerana ia adalah tanda penghargaan kepada mereka yang telah menceburi dalam bidang pertanian dan industri agromakanan,” jelasnya.

Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat turut dilawati pada sesi Lawatan Kerja Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Teknologi tingkatkan hasil pertanian

Demi membantu masyarakat peladang, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin bagi memperkasa industri agromakanan.

Setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan menerima peruntukan sehingga maksimum sebanyak RM200,000 bagi setiap permohonan untuk memberi faedah kepada ahli Pertubuhan Peladang.

LPP akan sentiasa menyokong perubahan era IR 4.0 di mana kaedah teknologi moden termasuk penggunaan `Internet Of Thing (IoT)’, teknologi pendigitalan dan teknolgi kejenteraan diperkenalkan dalam pengeluaran agromakanan.

Industri lepas tuai, peruncitan serta pengedaran ini dijangka dapat menjamin industri agromakanan terus berkembang serta lebih kompetetif, efektif, berkualiti dan dapat meningkatkan hasil dan memberi pulangan yang lumayan.

Sesi Lawatan Kerja Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ke Projek Usahawan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat.

Namun, segala inisiatif yang disusun harus sentiasa disambut dan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh warga peladang agar usaha menaik taraf sosioekonomi golongan ini dapat terus diperkasakan bagi menjamin masa depan.

"Saya ingin menyeru kepada seluruh warga peladang, penternak dan nelayan agar terus cakna dan haruslah menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku pada masa kini.”

"Guna pakailah teknologi digital, kejenteraan moden, inovasi baharu dan lain-lain kemudahan yang disediakan kerajaan demi meningkatkan pendapatan selain menyumbang kepada ekonomi dan menjamin kecukupan bekalan makanan negara.”

"Harapan saya, kepada para peladang, penternak dan nelayan agar terus melipat gandakan usaha untuk melonjakkan sektor pertanian negara ke arah yang lebih berdaya maju dan dapat menjamin kelangsungan hidup walaupun pada masa krisis.”

"Sesungguhnya kerajaan pada hari ini amat menghargai usaha dan pengorbanan masyarakat peladang, penternak dan nelayan dalam memartabatkan industri agromakanan negara yang berteknologi, inovatif dan moden,” katanya.

Hikmah di sebalik Covid-19

Sebanyak RM23 juta melalui Peruntukan Akaun Khas LPP di bawah Program/Pakej Dana Jaminan Makanan telah disalurkan untuk Projek Pertanian Organik yang melibatkan 460 bilangan projek dan seramai 1,427 peserta.

Program/Pakej Projek Ladang E-Satelit turut menerima peruntukan sebanyak RM10 juta yang melibatkan sebanyak 276 projek terpilih.

Menurut Ketua Pengarah LPP, Azulita Salim, peruntukan Akaun Khas LPP di bawah Program/Pakej Dana Jaminan Makanan adalah penting kerana ia bertujuan bagi memastikan bekalan makanan kekal terjamin dan mencukupi serta akan dapat membantu rantaian makanan negara.

Program Agorprenuer Muda Negeri Melaka diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri I MAFI, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan bagi Program Menaiktarafkan dan Tambah Hayat Mekanisasi Ladang yang melibatkan 19 bilangan projek Pertubuhan Peladang dan turut memberi khidmat kejuruteraan kepada ahli Pertubuhan Peladang.

Melalui Pakej PRE Prihatin, sejumlah RM39.56 juta disalurkan melalui Dana Khas Agromakanan Pertubuhan Peladang melibatkan sebanyak 467 bilangan projek dan kira-kira 1,120 peserta.

Sementara itu, sebanyak RM10 juta telah disalurkan kepada 62 projek yang terpilih di bawah program Peningkatan Mobilisasi dan Logistik Bahan Makanan.

Infografik Pakej Rangsangan Ekonomi.

"Pakej Rangsangan Ekonomi ini bertujuan demi kelangsungan pergerakan Pertubuhan Peladang dan ahli Peladang.

"Pada masa yang sama ia akan menaik taraf dan menambah hayat mekanisasi ladang sedia ada sekali gus dapat memastikan keperluan jentera mencukupi supaya dapat meningkatkan hasil keluaran ahli Peladang,” jelasnya.