Prolintas bantu lepasan universiti pertingkat kemahiran diri

Iklan
Antara peserta yang terlibat dalam program Pembangunan Kemahiran Insaniah yang dianjurkan Prolintas.

SHAH ALAM - Seramai 50 lepasan universiti dibantu untuk mempertingkat kemahiran diri dalam program Pembangunan Kemahiran Insaniah dianjurkan secara percuma oleh Kumpulan Syarikat Prolintas di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, program selama sebulan melalui platform dalam talian itu bertujuan mempersiapkan graduan lepasan universiti dalam kemahiran berkomunikasi serta persediaan untuk melangkah ke dunia pekerjaan.

Iklan
Iklan

"Cetusan idea untuk menganjurkan program sebegini berikutan pemerhatian sebagai majikan yang melihat kurangnya daya saing pekerja yang mempunyai kemahiran insaniah (soft skill) termasuk kemahiran berkomunikasi.

"Kemahiran komunikasi yang baik, keyakinan diri tinggi dan pemikiran kritis merupakan gabungan elemen sangat penting bagi menjadikan seseorang lepasan universiti itu lebih menonjol dan berkualiti. Dengan adanya ciri-ciri tersebut, ia menyumbang kepada berkebolehpasaran kepada lepasan universiti,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Tambah beliau, Prolintas bekerjasama dengan syarikat Enfiniti Academy yang memberikan bimbingan kepada peserta program.

Sementara itu, pengasas The Efiniti Academy, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata, program itu merupakan satu amanah besar yang harus dilaksanakan sebaik mungkin

Iklan

"Kami percaya menerusi pendekatan seni persembahan, ia boleh meningkatkan tahap keyakinan anak muda untuk berinteraksi serta mengasah kreativiti mereka untuk menyelesaikan masalah secara kritis.

Program diketuai oleh penggiat seni terkenal Joanna Bessey ini secara tidak langsung menyumbang kepada pemerkasaan jati diri peserta untuk berhadapan situasi pekerjaan sebenar,” katanya.

Prolintas terlibat secara langsung dalam membantu lebih 200 anak muda dalam penyediaan memasuki dunia pekerjaan antaranya program Skim Latihan 1Malaysia (SLIM), Program Pelatih Graduan Eksekutif PNB (PNB GET) dan Program Latihan Lepasan Graduan ‘Protege'.