Enam maut, pesawat terhempas di Alaska

Iklan
Sebuah pesawat ringan terhempas di Ketchikan, Alaska pada Khamis sehingga melibatkan enam orang terkorban. - Foto Agensi

WASHINGTON - Kesemua enam individu yang menaiki sebuah pesawat ringan terbunuh pada Khamis apabila ia terhempas di tenggara Alaska, kata pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS).

Pasukan perkhidmatan keselamatan di utara AS memberikan tindak balas terhadap isyarat kecemasan pada jam 11.20 pagi kira-kira 13 kilometer di tenggara Ketchikan, Alaska, kata pasukan pengawal keselamatan dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seorang kru sebuah helikopter MH-60 yang terbang dari Stesen Pengawal Pantai Udara Sitka mengesan bangkai pesawat berkenaan pada jam 2.37 petang.

Dua orang kru diturunkan dari helikopter tersebut dan mendapati tiada sesiapa pun mangsa yang terselamat dalam nahas tersebut.

Iklan

Helikopter tersebut melaporkan kedudukan bangkai pesawat itu di kawasan rabung bukit, kata pasukan pengawal pantai tersebut.

Para penumpang pesawat itu ialah pelancong yang sebelum ini menaiki kapal persiaran syarikat Holland America Line, Nieuw Amsterdam.

Iklan

Seramai lima tetamu kapal Nieuw Amsterdam itu dilaporkan terlibat dalam nahas pesawat berkenaan. - Agensi