SAN FRANCISCO - Microsoft pada Khamis menyertai sejumlah syarikat teknologi lain yang mahu para pekerjanya yang kembali bekerja supaya divaksinasi bagi membendung penularan pandemik Covid-19.
Tarikh paling awal pembukaan kemudahan Microsoft di Amerika Syarikat (AS) ialah pada 4 Oktober depan, menurut syarikat gergasi tersebut yang beribu pejabat di Washington.
Iklan
Iklan
Menurut Microsoft kepada AFP, bermula September depan, syarikat tersebut akan memerlukan bukti bahawa semua pekerjanya, vendor dan mana-mana tetamu yang memasuki bangunannya di AS sudah divaksinasi.
Syarikat berkenaan dan lain-lain firma teknologi menyatakan bahawa pihaknya kini berusaha untuk mengesan pandemik Covid-19 dan merancang mahu menjadikan para kakitangannya sihat yang menjadi keutamaan Microsoft.
Dalam pada itu, syarikat e-perdagangan, Amazon mengesahkan ia menangguhkan kepulangan para pekerjanya ke pejabat korporatnya sehingga Januari tahun depan berbanding menerima mereka bekerja semula pada September ini.
Menurut Amazon, pihaknya memerlukan para pekerjanya memakai pelitup muka di pejabatnya dengan pengecualian kepada mereka yang sudah menerima vaksinasi.
Dalam pada itu, pada minggu lalu, Google dan Facebook menyatakan para pekerjanya yang kembali ke pejabat dikehendaki divaksinasi bagi membendung penularan Covid-19 iaitu langkah terbaharu yang dibuat oleh firma dan agensi-agensi kerajaan. - Agensi