95 peratus warga emas sudah terima dos pertama

Iklan
Rina semasa melawat PPV LPPKN Seremban 2 pada Jumaat.

SEREMBAN - Sebanyak 95 peratus warga emas di negara ini sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya satu dos, sehingga tempoh 1 Ogos.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, daripada 3.15 juta mereka yang mendaftar, seramai 3 juta golongan tersebut sudah menerima dos pertama manakala 2.2 juta lagi sudah selesai menerima dos kedua.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini hampir 21 juta rakyat Malaysia telah menerima vaksin dan daripada jumlah itu lebih kurang 3 juta atau 95 peratus warga emas telah menerima suntikan sekurang-kurangnya satu dos.

"Ini menunjukkan perkembangan positif kepada progran vaksinasi yang dilaksanakan oleh negara dalam memastikan semua rakyat dilindungi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Seremban 2, pada Jumaat.

PPV itu merupakan PPV Berskala Sederhana yang pertama diwujudkan di bawah agensi LPPKN dan telah menyuntik 600 individu yang mendaftar melalui MySejahtera.

Iklan

Dalam pada itu, Rina memberitahu vaksinasi bagi golongan orang kurang upaya (OKU) turut menunjukkan perkembangan baik apabila 76 peratus daripada 454,639 golongan itu telah menerima vaksin sekurang kurangnya satu dos manakala 149,188 lagi telah melengkapkan dos kedua.

Beliau berkata, pihaknya sangat komited dalam membantu kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi negara dalam mendepani pandemik Covid-19.