KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan geng Kok Chung yang dipercayai aktif dalam kegiatan curi kenderaan dengan penahanan empat lelaki menerusi beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang, sejak Isnin hingga Rabu lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, mereka yang berusia 38 hingga 49 tahun dan dipercayai terlibat dalam kegiatan curi kenderaan di sekitar Brickfields, Cheras, Petaling dan Dang Wangi itu ditahan bersama beberapa peralatan yang digunakan untuk mencuri kenderaan, telefon bimbit serta pelbagai komponen kenderaan.