Tiga individu ditahan kes curi lori

Iklan
Tiga individu ditahan di Gombak dipercayai terlibat dalam kes curi lori pada Selasa.

CHERAS - Dua individu tempatan dan seorang warga asing diberkas di Gombak dipercayai terlibat dalam kes curi lori, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar berkata, tiga suspek diberkas dalam operasi kira-kira jam 11.40 pagi oleh sepasukan polis dari D4 Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Cheras.

Iklan
Iklan

"Turut dirampas bersama suspek adalah lori jenis Nissan berwarna kelabu. Hasil risikan mendapati ketiga-tiga suspek yang berusia antara 30 dan 50 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian tersebut. Semakan juga mendapati suspek memiliki beberapa rekod jenayah dan dadah.

"Semua suspek direman tiga hari," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Iklan