KOTA MARUDU - Parti Bersatu Sabah (PBS) termasuk tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu akan terus berada di belakang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pengumuman Muhyiddin pada Rabu menunjukkan kerajaan berada di tempat yang selamat.
Iklan
Iklan
"PBS akan terus menyokong Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.
"Bagi memastikan kerajaan berfungsi dengan baik, ia memerlukan kestabilan untuk terus bekerja dan meningkatkan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Program Outreach Vaksinasi di Kampung Marak Parak di sini pada Jumaat.
Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, pihaknya akan memilih menyokong Muhyiddin ketika usul undi percaya berhubung keabsahan beliau ketika sidang Parlimen pada 6 September depan.
"Semua barisan kabinet (menteri) berada di belakangnya. Kami yakin Perdana Menteri mempunyai majoriti," kata beliau.