MEXICO mengakhiri cabaran acara bola sepak lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan meraih pingat gangsa selepas menewaskan Jepun 3-1 pada perlawanan penentuan pingat tersebut di Stadium Saitama pada Jumaat.
Gol Mexico pada perlawanan tersebut dijaringkan oleh Sebastián Córdova pada minit ke-13 diikuti Johan Vasquez (22') dan Alexis Vega (58') manakala gol Jepun dijaringkan Kaoru Mitoma pada minit ke-78.
Untuk rekod Jepun mengakhiri saingan di tempat keempat kali kedua dalam tiga temasya Sukan Olimpik, selepas tewas dalam penentuan kategori sama di edisi London 2012.