Zii Jia masih banyak ‘kerja rumah’

Iklan
Lee Zii Jia - Foto Bernama

PERSEORANGAN negara, Lee Zii Jia perlu berdepan cabaran dirinya sendiri untuk muncul sebagai pemain yang lebih matang.

Hakikat tersebut diakui jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berdasarkan kepada prestasi ‘turun naik’ pemain berusia 23 tahun itu sejak kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Hendrawan berkata, barisan kejurulatihan negara sedia membantu juara Seluruh England itu untuk meningkatkan prestasinya bagi menghadapi kejohanan akan datang.

"Sejak melatihnya, saya dapat melihat cabaran atau lawan terbesar bagi Zii Jia adalah dirinya sendiri dan ia mungkin memerlukan masa untuk diperbaiki.

Iklan

"Inilah kerja kami sebagai jurulatih untuk membantunya sehingga jurang turun naik itu tidak terlalu banyak. Sekiranya ia dapat dikurangkan, ini memberikan petanda yang Zii Jia akan menjadi lebih matang.

"Selagi turun naik itu masih banyak, maka kami memerlukan tempoh masa yang lebih panjang untuk Zii Jia menjadi matang. Setiap kali ada masalah, dia mesti belajar untuk mengatasinya,” katanya dalam sidang media secara maya pada Jumaat.

Iklan

Pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, Zii Jia gagal melepasi pusingan suku akhir selepas tewas 21-8, 19-21, 5-21 kepada penyandang juara dari China, Chen Long dalam saingan 16 terbaik.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan harapan pingat yang diletakkan kepada Zii Jia pada temasya Olimpik kali ini tidak menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Hendrawan berkata, masih banyak yang perlu dilakukan Zii Jia khususnya dari segi taktikal permainan dan kecergasan sebelum mengharungi beberapa kejohanan sepanjang tahun ini.

"Kejohanan-kejohanan berkenaan tentunya memberi kesukaran tersendiri kerana ia memerlukan satu perancangan rapi ketika dunia masih terkesan dengan Covid-19.

"Bagaimanapun, agak sukar untuk kami merancang kejohanan seperti itu berikutan banyak halangan termasuk Covid-19 dan sebagainya, tetapi kami akan berbincang dan lihat kesesuaian,” ujarnya.