PELUMBA basikal trek Belanda, Harrie Lavreysen melaungkan amaran bahawa pentas acara pecut individu lelaki akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah miliknya selepas meraih pingat emas pada Jumaat.
Velodrom Izu menjadi saksi kehebatan Lavreysen apabila menewaskan rakan senegara Jeffrey Hoogland untuk meraih pingat emas Sukan Olimpik acara tersebut di Velodrome Izu.