KUARTET Itali membuktikan kehadiran di pentas trek dan balapan Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini bukan sekadar pelengkap jadual apabila meraih pingat emas dalam acara 4x100 meter (m) lari berganti-ganti lelaki akhir di Stadium Olimpik, Tokyo pada Jumaat.
Kombinasi Lamont Marcell Jacobs, Lorenzo Patta, Eseosa Desalu dan Filippo Tortu tidak hanya tampil mempamerkan prestasi menakjubkan buat pertama kali dalam acara itu dengan catatan rekod kebangsaan 37.50 saat (s).