REMBAU - Polis menafikan video pergaduhan melibatkan dua individu didakwa berebut durian yang tular di aplikasi WhatsApp sejak petang Jumaat itu berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil di sini.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pergaduhan itu dikesan berlaku di Mexico dan bukannya di daerah ini seperti mana yang tular sekali gus menimbulkan kegusaran kepada penduduk setempat.
"Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita tidak sahih dan tindakan itu boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.