Kerajaan pertimbang elaun tambahan anggota bomba urus Covid-19

Iklan
Zuraida

MACHANG - Kerajaan mungkin mempertimbangkan pertambahan elaun kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kematian mangsa Covid-19.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan menghargai pengorbanan dan usaha yang dilakukan JBPM berdasarkan kerja-kerja dan risiko yang dihadapi mereka setiap kali berdepan dengan tugas berkenaan.

Iklan
Iklan

"Mungkin ada yang sudah ada elaun khas untuk pengurusan Covid-19 dan sebagainya tapi yang itu asinglah. Saya rasa boleh pertimbangkan hal ini memandangkan risikonya tinggi.

"Mungkin kita harus lihat ke depan memandangkan tugas pengurusan Covid-19 sudah menjadi tanggungjawab bersama walaupun kerja ini bukan kerja mereka. Jadi kita akan bincang dan pertimbangkanlah perkara tersebut selepas ini," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika hadir meninjau Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Belah, Machang dalam lawatan kerjanya melibatkan tiga PPR di negeri ini.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Jainal@Zainal Madasin ketika ditemui memberitahu, Kelantan mempunyai 60 anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) yang sentiasa bersedia menguruskan pengebumian jenazah Covid-19 di negeri ini.

Iklan

Jainal@Zainal berkata, pihaknya juga akan dibantu oleh pegawai atau anggota dari balai-balai yang berkenaan di setiap daerah yang terlibat.

"Buat masa sekarang, mereka yang terlibat dengan kes Covid-19 ini diberikan elaun khas melalui tuntutan Pasukan Khas RM100 dan Elaun Khas Covid-19 RM200 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan," katanya.