Siasatan terhadap kami tidak masuk akal: Teresa Kok

Iklan
Teresa (kiri) bersama Sivarasa (dua dari kiri) dan Maria selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meluahkan rasa tidak puas hati selepas dipanggil untuk memberikan keterangan susulan dakwaan berhimpun di Dataran Merdeka, Isnin lalu.

Teresa menerusi kemas kini di Facebook berkata, beliau telah dipanggil memberikan keterangan bersama Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, siasatan ke atas mereka tidak masuk akal kerana ke Parlimen untuk bermesyuarat bukannya bagi tujuan protes di Dataran Merdeka.

"Pihak polis dan FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) yang salah kerana menghalang kami masuk ke bangunan Parlimen," menurut kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Jelasnya, ahli Parlimen berhak untuk masuk ke Parlimen walaupun Parlimen tidak bersidang.

"Ini adalah sama seperti peguam boleh masuk ke bangunan mahkamah walaupun dia tidak perlu hadir pendengaran mahkamah, ataupun pegawai polis boleh masuk ke balai polis pada hari cuti mereka.

Iklan

"Tugas polis adalah memastikan keselamatan ahli Parlimen dan bukan menghalang kami.

Pihak yang salah adalah polis dan bukan kami ahli Parlimen. Kenapa siasat kami sekarang?" soalnya.

Isnin lalu, ahli Parlimen pembangkang berarak beramai-ramai menuju ke Parlimen sambil membawa sepanduk meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet meletakkan jawatan.

Protes itu susulan keputusan menunda sidang Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN:Ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Cubaan berarak ke bangunan Parlimen gagal