JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menepati ramalan untuk melangkah ke saingan suku akhir selepas mendominasi pusingan pertama acara keirin di Velodrome Izu pada Sabtu.
Mohd Azizulhasni tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pelumba yang lain melalui kayuhan bertenaga sebelum melintasi garisan penamat dengan willy trademark yang sering dibuatnya.
Iklan
Iklan
Tempat kedua pula milik pelumba Tinidad & Tobago, Nicholas Paul untuk turut menempah tiket ke suku akhir dan baki empat pelumba lagi akan beraksi di saingan repechage.
Dalam pada itu, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terpaksa menarik diri daripada perlumbaan pertama selepas terlibat dengan pelanggaran dengan pelumba Great Britain, Jack Carlin.
Beliau dijangka akan kembali beraksi di peringkat repechage selepas ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Strategi sambar emas keirin