Kecederaan tidak halang Shah Firdaus mara ke suku akhir

Iklan
Muhammad Shah Firdaus (dua,kanan) ketika terjatuh di pusingan pertama keirin. - Foto AFP

KECEDERAAN yang dialami Muhammad Shah Firdaus Sahrom pada pusingan pertama tidak menghalangnya untuk mara ke peringkat suku akhir acara keirin di Velodrome Izu pada Sabtu.

Muhammad Shah Firdaus terpaksa beraksi di saingan repechage selepas menarik diri daripada perlumbaan pusingan pertama ekoran kecederaan selepas terlibat pelanggaran dengan pelumba Great Britain, Jack Carlin.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau membuktikan kecederaan yang dialaminya bukan penghalang apabila menamatkan saingan repechage di kedudukan kedua dibelakang pelumba Trinidad & Tobago, Kwesi Browne.

Ia sekali gus menyaksikannya turut menempah tiket ke saingan suku akhir bersama Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada Ahad.

Iklan
Iklan