KUALA LUMPUR - Urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu kini boleh dilaksanakan di pejabat pos mulai Isnin ini secara janji temu bagi mengelakkan kesesakan.
Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, janji temu boleh dibuat secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai Ahad dengan membuat pilihan negeri, cawangan pejabat pos dan klik pada pautan yang tersedia.