Brazil pertahan emas bola sepak Olimpik

Iklan
Barisan pemain Brazil berswafoto bagi meraikan kejayaan mempertahankan pingat emas bola sepak lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Antarabangsa Yokohama sebentar tadi.

PENYANDANG juara, Brazil meraih pingat emas acara bola sepak Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan Sepanyol 2-1 pada aksi final di Stadium Antarabangsa Yokohama sebentar tadi.

Pemain gantian, Malcom muncul wira Brazil apabila menyumbat gol kemenangan The Selecao pada masa tambahan.

Iklan
Iklan

Brazil terlebih dulu gagal membuka tirai jaringan menerusi penyerang Everton, Richarlison pada minit ke-36 selepas sepakan penalti yang diambilnya melambung tinggi.

Sepakan penalti itu berpunca daripada kesilapan penjaga gol Sepanyol, Unai Simon yang melakukan kekasaran ke atas penyerang Brazil, Matheus Cunha.

Iklan

Gol yang dinanti-nantikan Brazil menjelma pada masa kecederaan babak pertama menerusi rembatan kencang Cunha dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, Sepanyol terus melakukan asakan bertali arus ke kubu Brazil bagi mencari gol penyamaan.

Iklan

Usaha Sepanyol akhirnya berjaya hasil jaringan Mikel Oyarzabal yang menyudahkan hantaran lintang Carlos Soler pada minit ke-61.

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat 90 minit waktu permainan sebenar dan perlawanan dilanjutkan sehingga aksi masa tambahan.

Percaturan jurulatih Brazil, Andre Jardine memasukan Malcom nyata membuahkan hasil apabila dia meledak gol kemenangan pada minit ke-108, sekali gus membolehkan The Selecao meraih emas acara bola sepak lelaki dua kali berturut-turut di pentas Olimpik.