Ikan jerung melompat dari permukaan laut

Iklan
Gambar menunjukkan ikan jerung yang melompat dari permukaan air laut di pantai Wales pada Rabu lalu. - Foto Ken Barnett/ Sea Trust/ APEX

CARDIFF - Seorang jurugambar berjaya merakamkan gambar seekor ikan jerung yang besar melompat keluar dari permukaan air laut di pantai Wales baru- baru ini.

Ikan jerung thresher yang berekor panjang itu melompat keluar dari perairan dekat Strumble Head Pembrokenshire pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Jurugambar bertuah yang berjaya menangkap gambar ikan jerung itu ialah Ken Barnett.

Barnett merupakan seorang sukarelawan sebuah pertubuhan pemuliharaan hidupan maritim, Sea Trust.

Iklan

Beliau turut memuat naik beberapa gambar ikan jerung tersebut menerusi Twitter.

Ikan jerung tersebut boleh membesar sehingga 7.62 meter tetapi jarang dilihat di kawasan perairan cetek.

Iklan

Ketika mengulas rakaman gambar itu, Barnett berkata, adalah sesuatu yang hebat untuk melihat ikan jerung tersebut keluar dari permukaan air di Strumble Head. - Agensi