Kemarau kemenangan Perak berpanjangan

Iklan
Antara aksi menarik pertemuan Perak menentang UiTM di Stadium UiTM malam tadi. FOTO: Perak FC

KELAB bawahan Perak FC meneruskan prestasi hambar baki saingan liga apabila tewas 0-2 kepada UiTM FC di sebalik tuan rumah meraikan kemenangan pertama musim ini dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.

Jaringan setiap babak oleh Sean Giannelli (30') dan Shafiq Al-Hafiz Dawawi (74') sudah cukup memberikan kekalahan kedua kepada pengendali sementara, Shahril Nizam Khalil yang mengambil alih The Bos Gaurus daripada Chong Yee Fatt yang 'direhatkan sementara' kelab tersebut.

Iklan
Iklan

Kekalahan kepada The Lions itu menyaksikan kelab tercorot liga tersebut berjaya menebus kekalahan 2-3 kepada pelawat semasa aksi pusingan pertama di Stadium Perak pada 7 April lalu.

The Lions pula selepas mengharungi 17 perlawanan mengumpul lima mata hasil satu kemenangan, dua seri dan 14 tewas kini kekal berada di tangga terakhir liga dari 12 kelab Liga Super.

Iklan

The Bos Gaurus pula yang kali terakhir melakar kemenangan pada 5 Mei lalu ketika mengejutkan PJ City 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kekal berada di zon penyingkiran selepas mengharungi 18 perlawanan dengan mengumpul 13 mata hasil tiga menang, empat seri dan 11 tewas.

Untuk rekod The Bos Gaurus bakal mengharungi baki empat perlawanan liga lagi menentang Selangor FC, Kedah Darul Aman, Melaka United dan Sabah.

Iklan