Gelombang baharu Covid-19, China lakukan disinfeksi besar-besaran

Iklan
Langkah pencegahan dan pengawalan itu meliputi tempat-tempat awam, susulan tercetusnya gelombang baharu Covid-19 di bandar berkenaan.
PROSES disinfeksi secara besar-besaran dilakukan di bandar Zhengzhou yang terletak di wilayah China sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19.

Langkah pencegahan dan pengawalan itu meliputi tempat-tempat awam, susulan tercetusnya gelombang baharu Covid-19 di bandar berkenaan.

Ia dilakukan pada Jumaat malam sehingga ke awal pagi Sabtu.

Iklan
Iklan

Kawasan-kawasan yang disasarkan adalah stesen keretapi, hospital, pusat membeli belah dan lebih 1,700 jalan utama di bandar itu.

Berdasarkan rakaman visual, trak-trak digunakan untuk melaksanakan prosedur berkenaan, selain disertai petugas kesihatan.

Iklan
Iklan
Mereka turut menyasarkan daerah Erqi, yang mana kebanyakan yang mendiaminya adalah terdiri dari komuniti yang diklasifikasikan sebagai berisiko sederhana dan tinggi.

Negara itu melaporkan 124 kes baru pada Jumaat.