KAHERAH- Arab Saudi akan mula menerima permintaan haji dan umrah dari luar negara untuk jemaah yang sudah divaksin mulai 9 Ogos, selepas lebih setahun tidak menerima jemaah dari luar negara kerana wabak Covid-19, lapor agensi berita negara SPA awal pagi Ahad.
Dengan kapasiti yang akan meningkat kepada 2 juta jemaah dari 60,000 jemaah setiap bulan, Makkah dan Madinah akan mula menyambut pengunjung dengan mengambil langkah-langkah pencegahan Covid-19.
Seorang pegawai di Kementerian Haji dan Umrah mengatakan bahawa jemaah haji dari dalam dan luar negara perlu menyertakan sijil vaksinasi Covid-19 yang disahkan bersama dengan permohonan mereka.