SHAH ALAM - Sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) nyaris maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kota Kemuning di sini awal pagi Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 4.17 pagi melibatkan kebakaran rumah dua tingkat berkeluasan kira-kira 400 meter persegi yang terbakar sebanyak 50 peratus di tingkat bawah.