[DIKEMAS KINI] JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menampilkan kayuhan bertenaga dalam aksi separuh akhir untuk mara ke saingan akhir acara keirin Sukan Olimpik Tokyo di Velodrom Izu pada Ahad.
Azizulhasni mengungguli saingan saringan kedua separuh akhir itu di tempat pertama untuk menempah tiket perlumbaan akhir sekali gus menghidupkan peluang meraih pingat emas pertama negara di temasya Olimpik.
Perlumbaan akhir dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi ini.