[DIKEMASKINI] JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat perak kepada kontinjen negara dalam acara keirin Sukan Olimpik Tokyo di Velodrom Izu pada Ahad.
Pingat emas dimenangi oleh Pelumba Britain, Jason Kenny sekali gus mempertahankan pingat yang dimenanginya pada Sukan Olimpik Rio 2016 manakala Pelumba Belanda, Harrie Lavreysen memenangi gangsa.