Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 45, berkata dia telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa susulan kes berkenaan.
Namun, dia menafikan menjadi 'bapa ayam' atau mempunyai kaitan dengan aktiviti berkenaan.
"Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telahpun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
"Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” jelas Tauke yang membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya yang diulang siar isterinya, Nadia Mohd Effendi pada Sabtu.
Media melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.
Pelawak lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.
Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.- Sumber Awani