Tropical Spice Garden suram

Iklan

Suasana sekitar pintu masuk utama di Tropical Spice Garden (TSG) begitu suram selepas terjejas hampir 18 bulan sejak berlakunya pandemik Covid-19 yang menyebabkan pelancong dari dalam dan luar negara tidak dapat melancong ke sini ekoran sekatan perjalanan yang dilaksanakan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.

Pemilik TSG, Katharine Chua berkata sumber pendapatan utama adalah 70% adalah bergantung dari hasil penjualan tiket oleh para pelancong sebelum berlakunya pandemik ini.

Iklan
Iklan

Namun, Katharine berkata sepanjang wabak ini berlaku beliau dan suaminya, Kenneth Khoo telah membuat keputusan untuk mengurangkan perbelanjaan dan terpaksa menamatkan perkhidmatan sebahagian pekerjanya termasuklah tukang kebun supaya penjagaan kebun ini dapat dijaga dengan terkawal.