Reman suspek kes tipu 47 rakyat Malaysia dilanjut

Iklan

KUCHING - Tempoh reman seorang suspek tangkapan pertama penipuan pekerjaan sehingga mengakibatkan penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja baru-baru ini, dilanjutkan tiga hari lagi, sehingga 3 Mac.

Permohonan lanjutan reman ke atas lelaki tempatan berusia 35 tahun itu diluluskan Majistret Faelly Jeffrey Lanjungan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Permohonan perintah tahanan reman dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada Ahad lepas, untuk melanjutkan siasatan terhadap lelaki itu yang ditahan di rumahnya pada 23 Februari.

ARTIKEL BERKAITAN:

Iklan

Dua lagi suspek dalang penipuan pekerjaan di Kemboja ditahan

Suspek kes tipu pekerjaan 47 rakyat Malaysia direman

Iklan

Polis tangkap lelaki disyaki terlibat kes penahanan 47 rakyat Malaysia

Sementara itu, dua lagi suspek kes penipuan pekerjaan berkenaan telah direman selama empat hari sehingga esok.

Suspek lelaki dan wanita tempatan masing-masing berumur 35 tahun itu ditahan di dua rumah berasingan di Traffic Garden dan Taman Chung Hua pada Ahad lepas.

Sehingga kini, 23 orang iaitu 18 lelaki dan lima wanita telah tampil membuat laporan polis berhubung kes ini.

Kesemua 47 rakyat Malaysia, termasuk 40 dari Sarawak, yang dibebaskan dari penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja itu, tiba di tanah air dari Kemboja pada 17 Feb lepas.- Bernama