Serbia menangi emas terakhir Olimpik Tokyo

Iklan
Skuad polo air lelaki serbia meraikan kemenangan 13-10 ke atas Greece.

SELAIN mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Olimpik Rio 2016, skuad polo air lelaki Serbia turut melakar sejarah tersendiri dengan meraih pingat emas terakhir yang ditawarkan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 menewaskan Greece 13-10 pada aksi final di Pusat Polo Air Tatsumi pada Ahad.

Tambah membanggakan apabila skuad Serbia kali ini turut menampilkan 10 pemain yang telah beraksi di Rio lima tahun lalu.

Iklan
Iklan

Tiga daripada pemain berkenaan, Dusan Mandic, Nikola Jaksic dan Andrija Prlainovic beraksi cemerlang pada final berkenaan apabila masing-masing menjaringkan tiga gol bagi membantu kemenangan Serbia.

Pemain polo air serbia cuba menjaringkan gol pada pertemuan dengan Greece.
Iklan

Biarpun menerima tentangan sengit daripada Greece, namun Serbia dilihat berjaya menyerap tekanan berkenaan sebelum memenangi perlawanan.

Iklan

Terdahulu, skuad polo air Hungary memenangi gangsa apabila menewaskan Sepanyol 9-5.