Penyudah Bos Gaurus tumpul di Shah Alam

Iklan
Penyerang Perak, Nana Poku cuba melepasi kawalan pertahanan UiTM FC dalam aksi di Stadium UiTM pada Sabtu. FOTO: PERAK FC

KEGAGALAN pemain menjaringkan gol menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kekalahan 0-2 Perak FC kepada UiTM FC pada aksi Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam pada Sabtu walaupun mempamerkan aksi membanggakan dalam perlawanan tersebut.

Pengendali sementara Perak FC, Mohd Sharhil Nizam Khalil berkata, situasi berkenaan perlu diperbaiki bagi mengharungi baki perlawanan dalam saingan liga musim ini.

Iklan
Iklan

"Bagi saya, kita buat dua kesilapan mudah dan UiTM FC dapat dua gol. Kita cuba bangkit, tetapi kita tidak ada penyudah yang baik, shot on target kerana bagi saya ini yang penting.

"Kita juga telah bermain secara menyerang bagi mendapatkan gol pada perlawanan ini; tetapi macam yang kita lihat, walaupun bermain dengan baik tetapi tidak menjaringkan gol, tetap tak jadi apa.

Iklan

"Dari segi keseluruhan, keputusan dilihat tidak memihak kepada Perak FC; dan benda tu kita kena perbaiki lagi. Paling mustahak adalah untuk menjaringkan gol. Insya-ALLAH, kita akan cuba lakukan yang lebih baik pada perlawanan akan datang,” katanya pada Sabtu.

Pada aksi tersebut jaringan Sean Giannelli (30') dan Shafiq Al-Hafiz Dawawi (74') sudah cukup memberikan kekalahan kedua Shahril Nizam yang mengambil alih tanggungjawab mengemudi The Bos Gaurus daripada Chong Yee Fatt yang 'direhatkan sementara' kelab tersebut.

Iklan

Sementara itu, Shahril Nizam berkata, The Bos Gaurus akan tampil corak menyerang apabila berdepan Selangor FC pada aksi liga di Stadium Perak, pada Sabtu ini.

Bagaimanapun menurut Shahril Nizam, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki anak buahnya menjelang perlawanan berkenaan dalam usaha mengakhiri kemarau kemenangan.

"Insya-ALLAH, kita akan cuba lagi untuk bermain secara offensive ketika menentang Selangor FC nanti dalam usaha mencatatkan keputusan terbaik,” katanya.